Kepada: Pihak Pengurusan, Gurney Plaza, Persiaran Gurney, 10250 Pulau Pinang. Tel: 04-2281111
Tuan,
Kami pelajar tahun akhir pengkhususan Antropologi dan Sosiologi dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia sedang menjalankan kajian berhubung dengan keadaan surau yang terdapat di Malaysia. Hasil daripada kajian kami mendapati surau di Gurney Plaza dalam keadaan kurang memuaskan. Keadaan surau di sini terlalu kotor. Tempat mengambil air sembahyang dipenuhi dengan kekotoran sehingga menyukarkan pengguna apabila ingin mengambil air sembahyang. Laluan untuk ke ruang solat juga kotor. Keadaan bilik solat pula tidak tersusun dengan kain telekung. Kami harap pihak tuan dapat mengambil lebih perhatian terhadap permasalahan ini. Kami amat berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas kepada kami secepat yang mungkin melalui email zie1602@yahoo.com untuk mengetahui sama ada pihak tuan telah menerima aduan kami ini atau sebaliknya. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih Pelajar prihatin, (Menjamin keprihatinan sejagat)
p/s: sehingga 2 April 2009 kami masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak berkenaan.
Kami pelajar tahun akhir pengkhususan Antropologi dan Sosiologi dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia sedang menjalankan kajian mengenai keadaan surau/bilik sembahyang khususnya di sekitar Pulau Pinang. Kami ingin mengadu masalah berhubung dengan keadaan surau yang terletak di Prangin Mall,Penang. Lokasi surau di sini yang terletak di tempat letak kereta amat berbahaya kepada pengguna. Keadaannya yang gelap dan hanya terdapat kenderaan di sana membuatkan kami tertanya-tanya selamatkah tempat ini? Sesuaikah surau terletak di sini? Kami lihat surau di sini juga terlalu sempit sama ada surau lelaki dan surau perempuan. Lebih kurang 5 orang sahaja pengguna yang boleh memasuki ruang surau ini untuk satu-satu masa dan yang selebihnya terpaksa menunggu di luar pintu sehingga pengguna yang terdahulunya selesai solat. Keadaan ini boleh mendatangkan masalah apatah lagi kejadian yang tidak di ingini bila-bila masa sahaja boleh berlaku. Tempat mengambil air sembahyang juga dilihat tidak strategik kerana kedudukan tembok yang dibina yang memisahkan antara lelaki dan perempuan adalah rendah sehingga memberi kesukaran khususnya kepada pengguna perempuan yang ingin mengambil wuduk. Sebagai masyarakat Islam, kami terpanggil untuk menyuarakan komen tentang surau ini. Seperti yang sedia maklum, peranan daripada pihak media lebih mendapat perhatian daripda pihak berwajib. Harapan kami agar pihak media dapat membuat tinjauan ke tempat ini. Kami juga amat berharap maklum balas daripada pihak tuan berhubung dengan aduan kami ini dapat di salurkan kepada email kami di zie1602@yahoo.com bagi membolehkan kami memberikan makluman kepada rakan-rakan kami yang lain khusunya di blog tugasan kami. Pihak tuan boleh melayari blog kamidi http://www.inspirasi216.blogspot.com untuk melihat keadaan surau di tempat lain. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
(sehingga pada 2 April 2009 aduan kami ini masih tidak mendapat maklum balas daripada pihak harian metro..)
Tatkala mentari mula berlabuh, burung pula pulang ke sarang, kemeriahan serta suara-suara riuh rendah peniaga dan pengunjung semakin kedengaran. Tidak menghiraukan keadaan tersebut, perlahan-perlahan dihamparkan sejadah sebagai kain alas untuk menunaikan tanggungjawab kepada maha pencipta. Di celah-celah kereta dan berlatarbelakangkan keriuhan suasana pasar malam, di situlah sebahagian peniaga-peniaga menunaikan kewajipan mereka meskipun keadaan kawasan tersebut kelihatan janggal dijadikan tempat bersolat
Bukan lokasinya sahaja yang menjadi masalah, namun bekalan air yang terhad juga menambah kesukaran kepada peniaga-peniaga berkenaan untuk menunaikan tuntutan agama. Apa yang menyedihkan, kebanyakan peniaga terpaksa menggunakan bekalan air yang dibawa di dalam botol untuk berwuduk. Sekali pandang, keadaan tersebut tidak ubah seperti berada di padang pasir memandangkan peniaga-peniaga berkenaan terpaksa berhemat ketika berwuduk dan seolah-olah bertayamum menggunakan air yang disapukan pada anggota badan.
Tidak cukup dengan itu, pastinya bersolat di dalam keadaan tersebut memerlukan fikiran yang amat fokus memandangkan bukan mudah untuk khusyuk bersolat di kawasan yang dipenuhi peniaga dan orang ramai yang sedang membeli-belah yang menimbulkan suasana bising. Apatah lagi bermacam-macam bau yang enak dan kurang enak bakal menggoda para peniaga yang bersolat di kawasan tersebut.
Bagi kaum lelaki, kebanyakan mereka memilih untuk solat berjemaah jauh daripada kawasan hiruk-pikuk pasar malam itu. Begitulah keadaan hampir 30 peniaga di Pasar Malam Bandar Puncak Alam yang mengalami kesukaran apabila pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) tidak menyediakan kemudahan surau berhampiran kawasan perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, kemudahan tandas juga tiada dan mereka terpaksa ke stesen minyak berdekatan iaitu sejauh 200 meter semata-mata untuk 'melepaskan hajat'.
Walaupun pasar malam tersebut telah dibuka sejak beberapa tahun yang lalu, namun kemudahan berkenaan masih tidak ada walaupun kebanyakan peniaga-peniaga yang beroperasi di sini beragama Islam. Untuk bersolat pula, ruang jalan tar yang kosong dijadikan sebagai lantai surau yang berbumbungkan langit kerana tiada kemudahan surau disediakan walaupun rata-rata peniaga adalah beragama Islam.
(di petik dari Utusan Malaysia-19 Mac 2009)
berita susulan :
Usul ini telah di bawa ke tengah oleh ketua peniaga2 pasar malam dengan berjumpa pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).
Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan2 yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.
Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.
Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."
Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.
Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.
Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.
Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.
Surau dibawah ni kat Stesen Bank Negara...ruang bilik sembahyangnya luas juga tapi tak la seluas surau di Terminal Sungai Nibong...dilihat kain telekung juga tak di susun dengan teratur(emm..kira lebih kurang sama aje kat kebayakan surau di mana-mana tempat kan?what do you think??)
penujuk kiblat dan mencerminkan keprihatinan dari pihak berwajib... gambar atas ni tempat ambil air sembahyang yang hanya ade dua paip saja...amat2 xcukup untuk muslimat lebih-lebih lagi bila ramai org..
bab rak kasut/selipar ok pulak..tp bila masuk dalamnya kureng ok..(sape mau jawab??)
hamparan sejadah sebagai penunjuk kiblat..tapi alangkah eloknya jika dilipat separuh untuk mengelakkan sejadah dikotori oleh habuk di persekitaran...di belakang dinding terletaknya tempat mengambil air sembahyang...
susunan dah nampak baik tapi kalau tersusun dalam almari lagi nampak baik kan??
jam sebagai makluman dan kalendar untuk memaklumkan tibanya waktu solat..ini memudahkan kita untuk menunaikan solat lebih-lebih lagi jika ada sedikit ruang masa untuk kita solat sebelum memulakan perjalanan..bagi perjalanan jauh melebihi 96km kita boleh jamakkan antara 2waktu solat..nanti tak de la kita terlepas kewajipan...
Tempat ni juga kira strategik coz terletak kat tingkat atas terminal ni..ruang surau disini tak la sempit seperti kat sesetengah tempat yang kami tinjau sebelum ni..tempat ambil air sembahyang pun kira banyak juga la.xseperti sesetengah tempat yang ade dalam 2,3 paip aje..dan yang paling menyedihkan terpaksa ambil air sembahyang di toilet..=( kalau kita lihat surau kat sini sentiasa nampak seperti selalu digunakan...yela..tempat ini selalu menjadi kunjungan setiap masa..sambil-sambil tunggu nak naik bas kalau dah sampai waktu solat molek kiranya kita menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim..tak gitu??(sekadar saling mengingat)
Ini adalah surau di Jabatan Pengairan Saliran Wilayah Persekutuan KL(JPSWPKL). Sesibuk mana sekalipun jangan jadikan alasan untuk mengabaikan solat..antara surau dengan tempat kerja kira dah sesuai..contoh gambar ini di ambil di tingkat dua bahgian unit operasi dan kawalan(erm..masa ni sambil2 berjalan kt tempat kerja my brother..huhu=p)
Kalau di lihat susunan sejadah kat sini telah tersedia hamparan karpet yang menyamai sejadah.keadaan dalam surau di sini sentiasa di jaga..di bawah ini pula di tunjukkan tempat sembahyang kaum Adam dimana kawasan ini bersebelahan dengan bililk sembahyang kaum Hawa..dibilik sembahyang kaum Adam ada satu tabung derma(kira sambil beramal sambil menderma=)
Pun kat sini ada juga kemudahan keselamatan yakni alat penggera kebakaran..sebagai langakh keselamtan..manala tahu "malang tak berbau"..sekurang-kurangnya kalau ada apa2 kecemasan, alat ini memainkan fungsinya..
"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."
SmiLe ALwaYs
OUR BLOG
This weblog is under the Advisory ofCP-TAG,USM ( CSR and Philanthropy Transdisciplinary Action Group ) chairperson :Mr. REEVANY BUSTAMI
We're 3rd USM student, Penang. Social Science School, Majoring in Anthropology and Sociology would like to sharing experience about prayer room in different places...hope u all enjoy and give useful comments...your support very important for community to get a comfortable places while they praying...