Tuesday, March 31, 2009

Carilah ketenangan di sini...

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan2 yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.


Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."


Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.
Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Thursday, March 26, 2009

Terletaknya surau di sini...

Surau dibawah ni kat Stesen Bank Negara...ruang bilik sembahyangnya luas juga tapi tak la seluas surau di Terminal Sungai Nibong...dilihat kain telekung juga tak di susun dengan teratur(emm..kira lebih kurang sama aje kat kebayakan surau di mana-mana tempat kan?what do you think??)
penujuk kiblat dan mencerminkan keprihatinan dari pihak berwajib... gambar atas ni tempat ambil air sembahyang yang hanya ade dua paip saja...amat2 xcukup untuk muslimat lebih-lebih lagi bila ramai org..

bab rak kasut/selipar ok pulak..tp bila masuk dalamnya kureng ok..(sape mau jawab??)

singah2la sebentar sebelum bertolak...

hamparan sejadah sebagai penunjuk kiblat..tapi alangkah eloknya jika dilipat separuh untuk mengelakkan sejadah dikotori oleh habuk di persekitaran...di belakang dinding terletaknya tempat mengambil air sembahyang...

susunan dah nampak baik tapi kalau tersusun dalam almari lagi nampak baik kan??

jam sebagai makluman dan kalendar untuk memaklumkan tibanya waktu solat..ini memudahkan kita untuk menunaikan solat lebih-lebih lagi jika ada sedikit ruang masa untuk kita solat sebelum memulakan perjalanan..bagi perjalanan jauh melebihi 96km kita boleh jamakkan antara 2waktu solat..nanti tak de la kita terlepas kewajipan...
Tempat ni juga kira strategik coz terletak kat tingkat atas terminal ni..ruang surau disini tak la sempit seperti kat sesetengah tempat yang kami tinjau sebelum ni..tempat ambil air sembahyang pun kira banyak juga la.xseperti sesetengah tempat yang ade dalam 2,3 paip aje..dan yang paling menyedihkan terpaksa ambil air sembahyang di toilet..=(
kalau kita lihat surau kat sini sentiasa nampak seperti selalu digunakan...yela..tempat ini selalu menjadi kunjungan setiap masa..sambil-sambil tunggu nak naik bas kalau dah sampai waktu solat molek kiranya kita menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim..tak gitu??(sekadar saling mengingat)

Wednesday, March 25, 2009

surau di JPS KL..





Ini adalah surau di Jabatan Pengairan Saliran Wilayah Persekutuan KL(JPSWPKL). Sesibuk mana sekalipun jangan jadikan alasan untuk mengabaikan solat..antara surau dengan tempat kerja kira dah sesuai..contoh gambar ini di ambil di tingkat dua bahgian unit operasi dan kawalan(erm..masa ni sambil2 berjalan kt tempat kerja my brother..huhu=p)

Kalau di lihat susunan sejadah kat sini telah tersedia hamparan karpet yang menyamai sejadah.keadaan dalam surau di sini sentiasa di jaga..di bawah ini pula di tunjukkan tempat sembahyang kaum Adam dimana kawasan ini bersebelahan dengan bililk sembahyang kaum Hawa..dibilik sembahyang kaum Adam ada satu tabung derma(kira sambil beramal sambil menderma=)


Pun kat sini ada juga kemudahan keselamatan yakni alat penggera kebakaran..sebagai langakh keselamtan..manala tahu "malang tak berbau"..sekurang-kurangnya kalau ada apa2 kecemasan, alat ini memainkan fungsinya..











Friday, March 20, 2009

surau giant

Papan tanda yg menunjukkan surau laki dan pompuan...bagus,tidak mengelirukan dan memudahkan pengguna.

Great..!!..surau ni menyediakan kemudahan penyapu, penyodok sampah dan rak kasut...mesra pengguna...namun, hanya segelintir pengguna menggunakan kemudahan tersebut...mungkin cleaner saje yg selalu dok guna penyapu gan penyodok tu.


Ni plak tempat amik air sembahyang...memang bersih dan air pun laju...memuaskan hati pengguna...dan of course memntingkan privacy sebab ianya terletak kat dalam surau bukan kat luar mcm kat surau2 lain sebelum ni.

Sejadah yg kemas terhampar beserta dgn permaidani...ini memudahkan org ramai kerana tidak perlu menghampar sejadah sendiri...namun, situasi ini akan menyebabkan habuk terkumpul kerana sejadah dan permaidani tidak atau jarang diubah dari situ.



Ni gambar dalm surau kat giant..tengok tu keadaan telekung yag bersepah dan tidak terurus..kebanyakan telekung kotor dan berwarna hitam di bahagian lehernya..ini membuatkan org ramai geli untuk menggunakan telekung yg ada di situ.
















Monday, March 16, 2009

Kemusykilan akhirnya terjawab...

SAYA musykil sama ada solat di surau dan masjid mempunyai ganjaran pahala yang sama atau tidak? Di kampus saya ada sebuah surau setiap blok asrama dan pada masa yang sama terdapat masjid utama di dalam kampus.
Manakah tempat yang lebih afdal bersolat sama ada di surau atau di masjid?

Jwpan:

Surau dan masjid mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri.
Bersolat di masjid lebih afdal kerana masjid mempunyai kelebihan tersendiri seperti boleh dijalankan solat Jumaat dan sunat untuk solat tahiyatul masjid selain boleh beriktikaf di dalamnya.

Berbeza dengan surau yang tidak mempunyai ciri tadi tetapi pahala berjemaah tetap dapat bagi mereka yang solat berjemaah di dalamnya. Surau diadakan juga di kampus biasanya bagi memudahkan penuntut melaksanakan tanggungjawab.

Sunday, March 15, 2009

NIKMAT DARI ILLAHI...


TIADA LAGI RAHSIA ANTARA KITA...

Membongkar kelebihan saintifik solat
v HUBUNGAN ibadah solat secara rohaniah ditekankan dengan jelas di dalam al-Quran dan hadis serta buku-buku ilmiah. Betapa solat itu merupakan tiang agama dan diwajibkan ke atas umat Islam.
v Bagaimanapun perkaitan ibadah solat secara saintifik seperti kesan pergerakan dalam setiap rakaat terhadap kesihatan tubuh badan masih terlalu sempit perbincangannya secara umum.
v Hakikatnya, pada setiap pergerakan solat itu seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat awal serta tahiyat akhir, tersembunyi pelbagai misteri saintifik terhadap kesihatan.
v Secara umumnya, badan manusia terdiri daripada empat komponen utama iaitu tisu aktif, tisu tulang, air dan lemak dengan setiap satunya mempunyai fungsi-fungsi tertentu di dalam badan.
v Kajian mengenai kebaikan senaman terhadap komposisi badan telah banyak dilakukan dan pakar kesihatan juga sependapat bahawa senaman berat atau ringan tetapi dilakukan secara kerap dapat
membakar lemak badan dan karbohidrat.
v Kesan yang sama juga dibuktikan menerusi pergerakan solat yang diumpamakan seperti melakukan senaman ringan dan dibuktikan dapat meningkatkan tahap ketahanan badan serta
menghindarkan risiko penyakit jantung, tekanan, kolestrol dan penyakit lain.
v Pergerakan rukuk misalnya, iaitu kedudukan tulang belakang yang lurus melintang atau 90 darjah dibuktikan dapat mengelakkan risiko penyakit tulang belakang dan penyakit arthritis. Ia disebabkan oleh pertambahan bendalir dalam sel yang terdapat pada sendi-sendi badan sekali gus melembutkan pergerakan sendi tersebut.
v Kedudukan rukuk juga dapat melambatkan proses penuaan yang berlaku apabila meningkatnya tisu aktif selain
menambah baik proses imbangan air dalam badan dan melancarkan fungsi buah pinggang.
v Begitu juga tabiat membengkokkan ibu jari dalam kedudukan sujud dan duduk semasa tahiyat yang dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak dan membuang lemak dalam badan, sekali gus
merendahkan risiko penyakit jantung.
v Keadaan sujud sesuai dengan tarikan graviti yang akan menyebabkan lebih banyak darah mengalir ke otak.
v Dinding dan urat-urat nadi otak dapat menerima lebih banyak darah berbanding keadaan biasa dan dengan bekalan oksigen mencukupi,
otak akan menjadi lebih sihat dan cerdas.
v Nilai kadar denyutan jantung nominal semasa sujud juga baik untuk kesihatan jantung khususnya dan kesihatan badan secara keseluruhannya. Posisi sujud dalam solat merangsang kadar denyutan jantung yang sihat dan tambahan kepada masa rehat.
v Ia juga memanjangkan hayat jantung serta dapat
menghindarkan pengecilan salur-salur darah yang membawa penyakit kepada arteriosklerosis.
v Daripada sudut kesihatan seksual pula, solat telah dibuktikan mampu memberikan kesan positif kepada pesakit yang mengalami disfungsi ereksi.
v Kajian yang dilakukan menunjukkan pesakit yang pada mulanya langsung tidak mendapat ereksi ketika tidur mula menunjukkan perubahan dengan satu ereksi selepas proses intervensi solat selama sebulan.
v Malah, kajian berasingan dalam tempoh yang sama juga menunjukkan
bilangan ereksi pesakit, isipadu darah serta tempoh ereksi turut meningkat secara mendadak.
v Menariknya, solat turut memberi kelebihan kesihatan lain iaitu ia mampu meningkatkan bendalir dalam sel (ICW) serta menurunkan rintangan dan bendalir luar sel (ECW). Secara saintifiknya, bendalir dalam sel yang tinggi akan melancarkan pengaliran darah dalam badan terutamanya ke saraf otak yang akan mendapat bekalan oksigen yang tinggi seterusnya memberi ketenangan secara fizikal dan emosi kepada pendiri solat.
v Lebih daripada itu, solat juga dibuktikan mampu meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Menerusi solat, otak diberikan satu keadaan untuk bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran yang mencabar. Malah, selepas melakukan solat, seseorang itu akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan.
v Bagaimanapun perlu untuk diingatkan, kelebihan solat ke atas kesihatan ini perlu menepati ciri-ciri tertentu dan
sudah semestinya mengikut ajaran Islam yang sebenar. Ia termasuk mengerjakan solat lima waktu dalam sehari.
Wassalam
SmiLe ALwaYs=)

Wednesday, March 11, 2009

ape korang rasa...

hari ahad kelmarin,aku dan Mimi berjalan2 kt BJ...sajer window shopping...bila waktu solat dh sampai kiteorg pun pi la surau kat BJ tu walau dah tau tahap kebersihannya...takkan lah nak tinggal solat semata2 kerana kekotoran surau tu...hehehe...
nie la pemandangan dalam surau yg kotor dan bersepah tue...sejadah bersepah dan berselerak selepas digunakan...ada ker patut mop lantai tu diletakkan kat tepi rak telekung???!!!kan ker kotor...
sawang2 penuh kat dinding surau...tu menandakan surau tu penuh habuk...


ni la pemandangan plg mengharukan dan paling menggelikan...dinding berlumut dan salur paip tu pun berlumut...air jd kotor la...geli betol!!!



tgk sistem longkang saluran air tu...dah lah berlumut...boleh muntah dan mabuk melihatnyer...



ada ker patut tempat buang air kecil lelaki tu bercampur ngan tempat ambik air sembahyang...dah la tempat ambil air sembahyang tu berkongsi lelaki dan pempuan...ish ish ish



ni lg satu tempat yang plg mengharukan...surau di BJ terlekak di garaj kereta...kan tak patut...dah la tempat tu kotor...






harap2 korang bagi la komen tentang pe yang korang rasa...sama2 lah kita bermuhasabah diri dan merenungi kesilapan masing2...
wasalam...





Wednesday, March 4, 2009

Important message!!!

This weblog is under the Advisory of CP-TAG,USM ( CSR and Philanthropy Transdisciplinary Action Group )
chairperson : Mr. REEVANY BUSTAMI

May I ask,where is prayer room plz??







Here,we can c several of signboard about muslim prayer room..at least when c this sign we can know where that place..so we can't give reason no have suitable place to pray k...erm...when c this picture,tringat satu part yg ner masa my geng p picnic kt lata tembakah,trganu(sblum buka sem aritu)..yela dah lama tak ketemu sahabt2 lama..so decided la nak adakan reunion at there...sampai kat sana,fuhh ramai bangat org..(yela..p time holiday mau tak ramai..ayyoo)..tapi nesib baik la dapat jugak space..so, pe lagi kitorg pun mulakan operasi membakar ayam..umm...(teringat kat ayam bakar..huhuu)pas makan,mkn,,pas makan,mkn..tut2 dah nak kul 4pm rupanyer..astafirullah...baru kitorang sodar blom pray lg da..cepat2 packing then go to the prayer room yg dah ade ciap2 kt sana.tp ade gak la my friend yg sorang ni "excuse"..katanya bajunya basah..xselesa nk solat..hrrmm...ade plak gitu.. tp biasala bila kt tempt picnic cam tu, ada la sesetengah daripada kita yg akan alpa about our responsibilitiy(utk kesedaran diri ini juga)..apa-apa pun jangan jadikan alasan utk meninggalkan kewajiapan kita kepada Yang Maha Esa...'Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan'...(wanna to reminder)