Monday, March 16, 2009

Kemusykilan akhirnya terjawab...

SAYA musykil sama ada solat di surau dan masjid mempunyai ganjaran pahala yang sama atau tidak? Di kampus saya ada sebuah surau setiap blok asrama dan pada masa yang sama terdapat masjid utama di dalam kampus.
Manakah tempat yang lebih afdal bersolat sama ada di surau atau di masjid?

Jwpan:

Surau dan masjid mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri.
Bersolat di masjid lebih afdal kerana masjid mempunyai kelebihan tersendiri seperti boleh dijalankan solat Jumaat dan sunat untuk solat tahiyatul masjid selain boleh beriktikaf di dalamnya.

Berbeza dengan surau yang tidak mempunyai ciri tadi tetapi pahala berjemaah tetap dapat bagi mereka yang solat berjemaah di dalamnya. Surau diadakan juga di kampus biasanya bagi memudahkan penuntut melaksanakan tanggungjawab.

1 comment:

  1. surau dan masjid masing2 menuju matlamat yang satu yakni bersujud pada yg Maha Esa.rajin2 la menjejakkan kaki ke Rumah Allah.
    selamat beramal

    ReplyDelete