Tuesday, March 31, 2009

Carilah ketenangan di sini...

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan2 yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.


Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."


Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.
Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Thursday, March 26, 2009

Terletaknya surau di sini...

Surau dibawah ni kat Stesen Bank Negara...ruang bilik sembahyangnya luas juga tapi tak la seluas surau di Terminal Sungai Nibong...dilihat kain telekung juga tak di susun dengan teratur(emm..kira lebih kurang sama aje kat kebayakan surau di mana-mana tempat kan?what do you think??)
penujuk kiblat dan mencerminkan keprihatinan dari pihak berwajib... gambar atas ni tempat ambil air sembahyang yang hanya ade dua paip saja...amat2 xcukup untuk muslimat lebih-lebih lagi bila ramai org..

bab rak kasut/selipar ok pulak..tp bila masuk dalamnya kureng ok..(sape mau jawab??)

singah2la sebentar sebelum bertolak...

hamparan sejadah sebagai penunjuk kiblat..tapi alangkah eloknya jika dilipat separuh untuk mengelakkan sejadah dikotori oleh habuk di persekitaran...di belakang dinding terletaknya tempat mengambil air sembahyang...

susunan dah nampak baik tapi kalau tersusun dalam almari lagi nampak baik kan??

jam sebagai makluman dan kalendar untuk memaklumkan tibanya waktu solat..ini memudahkan kita untuk menunaikan solat lebih-lebih lagi jika ada sedikit ruang masa untuk kita solat sebelum memulakan perjalanan..bagi perjalanan jauh melebihi 96km kita boleh jamakkan antara 2waktu solat..nanti tak de la kita terlepas kewajipan...
Tempat ni juga kira strategik coz terletak kat tingkat atas terminal ni..ruang surau disini tak la sempit seperti kat sesetengah tempat yang kami tinjau sebelum ni..tempat ambil air sembahyang pun kira banyak juga la.xseperti sesetengah tempat yang ade dalam 2,3 paip aje..dan yang paling menyedihkan terpaksa ambil air sembahyang di toilet..=(
kalau kita lihat surau kat sini sentiasa nampak seperti selalu digunakan...yela..tempat ini selalu menjadi kunjungan setiap masa..sambil-sambil tunggu nak naik bas kalau dah sampai waktu solat molek kiranya kita menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim..tak gitu??(sekadar saling mengingat)

Wednesday, March 25, 2009

surau di JPS KL..





Ini adalah surau di Jabatan Pengairan Saliran Wilayah Persekutuan KL(JPSWPKL). Sesibuk mana sekalipun jangan jadikan alasan untuk mengabaikan solat..antara surau dengan tempat kerja kira dah sesuai..contoh gambar ini di ambil di tingkat dua bahgian unit operasi dan kawalan(erm..masa ni sambil2 berjalan kt tempat kerja my brother..huhu=p)

Kalau di lihat susunan sejadah kat sini telah tersedia hamparan karpet yang menyamai sejadah.keadaan dalam surau di sini sentiasa di jaga..di bawah ini pula di tunjukkan tempat sembahyang kaum Adam dimana kawasan ini bersebelahan dengan bililk sembahyang kaum Hawa..dibilik sembahyang kaum Adam ada satu tabung derma(kira sambil beramal sambil menderma=)


Pun kat sini ada juga kemudahan keselamatan yakni alat penggera kebakaran..sebagai langakh keselamtan..manala tahu "malang tak berbau"..sekurang-kurangnya kalau ada apa2 kecemasan, alat ini memainkan fungsinya..











Friday, March 20, 2009

surau giant

Papan tanda yg menunjukkan surau laki dan pompuan...bagus,tidak mengelirukan dan memudahkan pengguna.

Great..!!..surau ni menyediakan kemudahan penyapu, penyodok sampah dan rak kasut...mesra pengguna...namun, hanya segelintir pengguna menggunakan kemudahan tersebut...mungkin cleaner saje yg selalu dok guna penyapu gan penyodok tu.


Ni plak tempat amik air sembahyang...memang bersih dan air pun laju...memuaskan hati pengguna...dan of course memntingkan privacy sebab ianya terletak kat dalam surau bukan kat luar mcm kat surau2 lain sebelum ni.

Sejadah yg kemas terhampar beserta dgn permaidani...ini memudahkan org ramai kerana tidak perlu menghampar sejadah sendiri...namun, situasi ini akan menyebabkan habuk terkumpul kerana sejadah dan permaidani tidak atau jarang diubah dari situ.



Ni gambar dalm surau kat giant..tengok tu keadaan telekung yag bersepah dan tidak terurus..kebanyakan telekung kotor dan berwarna hitam di bahagian lehernya..ini membuatkan org ramai geli untuk menggunakan telekung yg ada di situ.
















Monday, March 16, 2009

Kemusykilan akhirnya terjawab...

SAYA musykil sama ada solat di surau dan masjid mempunyai ganjaran pahala yang sama atau tidak? Di kampus saya ada sebuah surau setiap blok asrama dan pada masa yang sama terdapat masjid utama di dalam kampus.
Manakah tempat yang lebih afdal bersolat sama ada di surau atau di masjid?

Jwpan:

Surau dan masjid mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri.
Bersolat di masjid lebih afdal kerana masjid mempunyai kelebihan tersendiri seperti boleh dijalankan solat Jumaat dan sunat untuk solat tahiyatul masjid selain boleh beriktikaf di dalamnya.

Berbeza dengan surau yang tidak mempunyai ciri tadi tetapi pahala berjemaah tetap dapat bagi mereka yang solat berjemaah di dalamnya. Surau diadakan juga di kampus biasanya bagi memudahkan penuntut melaksanakan tanggungjawab.